Tuesday, May 5, 2009

ALL My Affiliates Program

Blog ini dibuat khas untuk mengumpul sebagai "ONE STOP CENTER" untuk semua program affiliate saya.
Saya lebih suka menggelarnya rakan kongsi niaga internet kerana kalau dikatakan 'agen' macam tak ada kelas. 'Agen' ni seolah-olah saya bekerja "UNTUK" mereka, padahal saya tidak meletakkan diri saya bekerja atau mempromosi "UNTUK" mereka atau sesiapa sahaja.
Sebaliknya saya lebih suka meletakkan diri saya dalam keadaan bekerja bersama-sama bagi mendapat keuntungan dengan "BERSAMA" mereka.
Saya melihat kekuatan program begini adalah lebih mudah untuk menjana pendapatan sampingan kerana saya belum lagi berkemahiran untuk menjadi 'internet marketer' sehebat mereka. Sebagai 'newbie' saya rasa dengan mengikuti dan menjadi sebahagian dari mereka pun dengan izin ALLAH boleh mendatangkan manafaat dari segi ilmu dan kewangan.
Sebaik mungkin saya hanya memilih 'Internet Marketer' yang mempunyai kredibiliti yang baik setelah melayari lawan web mereka, melihat produk mereka dan mengikuti forum-forum mereka. Kebanyakan mereka adalah rakyat Malaysia, oleh itu kredibiliti mereka sangat dihormati disini. Malah sebahagian dari mereka boleh kita hubungi dan mengikuti seminar-seminar yang dianjurkan oleh mereka. Saya dapat tahu komuniti mereka saling berhubung rapat secara virtual atau visual.
Saya menyarankan pelawat blog saya ini melayari laman-laman web mereka, muat turun e-book mereka dan sekiranya memberi menafaat yang besar dalam diri anda, bolehlah membeli mana-mana e-book yang bersesuaian dengan anda.
Bagi saya, masih banyak yang perlu dipelajari sebelum membuat e-book saya sendiri dan meletakkan diri saya dalam kelompok 'internet marketer' seperti mereka.
Sehingga itu, layar-layarilah dan senyum selalu.
"Kita adalah siapa yang kita berkawan, apa yang kita baca"
Salam hormat
Azman Mohd Sharif

No comments:

Post a Comment